Padlock premium yang terbukti buatkan pencuri menyesal sehingga 7 keturunan bila nak rembat motor anda. Jenama yang dipercayai & diyakini dengan SUS304 material gred berkualiti tinggi yang mampu menenangkan jiwa anda sepanjang masa.
Strong | Safe | Secure
Motor Yang Selamat
Pengguna Yang Happy
Cubaan Nak Rembat
Stopanik komited dalam memastikan keselamatan motor dan aset anda selamat. Padlock premium berkualiti tinggi ini setaraf kualiti jenama antarabangsa yang lain.
Ianya sudah pasti mampu milik untuk setiap rakyat Malaysia. Seperti yang anda lihat di media massa dan digital. Tekan link di Logo Harian Metro dan Pandulaju untuk detail.
Nah! anda hadamkan ni ye..
Apa Kesan Lepas Motor Dah Kena Rembat?
Terpaksa tunggu syarikat insuran approve untuk claim dalam 4-6 bulan. Ada kes yang makan tahun.
Takde kenderaan lain yang boleh digunakan untuk ke tempat kerja atau hantar anak dan bini.
Nak kena keluarkan kos tambang untuk servis pengangkutan alternatif kalau dah takde kenderaan lain.
Jadi mangsa trauma sepanjang masa. Risau, resah, gelisah je kalau dah beli motor baru sekalipun.
Jadi, Nak tanya sikit. jangan marah ye…
MASIH PAKAI PADLOCK CAP AYAM KE?
Kita ni sebenarnya telah dimomokkan dengan Padlock harga murah sejak dari dulu lagi. Asalkan murah harganya, tanpa peduli kualiti Padlock yang anda pakai menjurus kepada kekesalan yang tiada penghujungnya.
Tahukah anda! Pencuri ambil masa tak sampai 15 saat nak potong Padlock cap ayam? Ini terbukti setelah kami menjalankan testing ke atas semua Padlock cap ayam yang ada di muka bumi Malaysia ni.
Anti-Cutter
Anti-Bakar
Anti-Ketukan
Anti-Hakisan Asid
Anti-Gerudi
Anti-Karat
Anti-Umpil
Anti-Pecah
Kenapa Mesti Memilih Saka Lock?
Jenama Yang Diyakini
Sejak tahun 2017 Produk jenama Stopanik dicipta untuk ketenangan semua owner motor. Produk Saka Lock ni dibuat R&D dulu sebelum boleh dikomersilkan bagi memberi tahap kepuasan kepada pelanggan.
Ketahanan Kualiti Gred Tertinggi
Ini perkara paling serius. Team Stopanik juga adalah owner motor. Kami pernah ada pengalaman pahit motor kena curi dan tahu apa yang anda perlukan demi keselamatan motor.
Pembelian Yang Berbaloi
Apa yang anda laburkan semata-mata untuk ketenangan jiwa demi keselamatan motor. Siap boleh buat bayaran ansuran 4-bulan 0% interest. Tak usah berkira sangat duit tu untuk beli produk yang mampu milik ini.
Waranti 12 Bulan
Jaminan selama 12 bulan dari Stopanik selepas beli Saka Lock ni. Tukar one-to-one selagi masih dalam tempoh waranti. Kami inginkan yang terbaik untuk setiap pelanggan kami.
ANTI-ANGKUT
Anda risau motor kena curi diangkut guna van atau lori? Dengan perlindungan pakej tambahan Saka SP05 dilengkapi ciri-ciri sensor gegaran sudah pasti buatkan jiwa anda bertambah tenang. Saka SP05 terus call anda jika ada cubaan pencuri menyentuh motor anda.
Jejak motor anda dihujung jari sahaja. Sememangnya ini kepakaran Saka Stopanik jaga motor anda 24-Jam.
JIWA KAW-KAW TENANG LEPAS PARKING MOTOR
Pakej Combo ini kami bantu anda yang mana ada masalah tak boleh tidur, makan tak kenyang, mandi tak basah memikirkan keadaan motor di kawasan parking. Ramai owner motor yang dah hidup bahagia selepas saka dah disemadikan.
Kalau tak cukup modal boleh bayar ansuran 4-bulan. 0% interest. Serius, memang Team Stopanik nak bantu setiap owner motor untuk pasang Saka ni.
Saka Stopanik keperluan wajib perlindungan motor anda
Jadi tak perlu berkira untuk buat pelaburan lengkapkan motor dengan Saka Lock + Saka SP05 ni. Mengikut kajian Team Stopanik ramai orang Malaysia yang lebih rela redha hilang motor dari mengambil langkah untuk memasang perlindungan tambahan sebegini.
Ramai juga antara mereka yang sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata memenuhi kehendak “make up” dan “upgrade performance” motor. Jadilah owner motor yang bijak menilai beza keperluan dan kehendak.
Dapatkan Harga Promosi
Harga asal RM280 RM160 untuk 1 unit
Soalan yang biasa ditanya [FAQ]
Ramai acah-acah palatao cakap kalau pakai Saka Lock ni pencuri angkut pakai lori atau van je. Apa jaminan Team Stopanik? Atau ada solusi ke?
Rileks! Stopanik ada Saka SP05. Setiap kali berlakunya gegaran, Saka SP05 akan terus call owner motor. Saka Lock yang telah di lock pada sprocket atau disc brake menyumbangkan lagi tahap sensiviti Saka SP05. Untuk kombinasi solusi anda kena dapatkan combo Saka SP05 + Saka Lock. Untuk detail Saka SP05 tekan di sini.
Apa beza Padlock ni dengan Padlock lain yang ada dalam pasaran?
Saka Lock bermaterial premium kualiti tinggi SUS304. Stopanik jalankan R&D selama 12 bulan untuk tentukan ketahanan kualiti material. Produk Stopanik berteraskan nilai ini = Kualiti | Kepercayaan | Sokongan.
Ada waranti ke Padlock ni?
Ye, ada waranti Stopanik bagi selama 12 bulan selepas pembelian. Stopanik gantikan one-to-one jika ada kecacatan atau kerosakan pada Saka Lock.
Kalau nak lock di motor bahagian mana yang sesuai, sprocket atau di disc brake depan?
Ikut suka anda nak lock mana. Dua-dua pun boleh asal anda bahagia. Tapi pastikan saiz disc brake dan sprocket anda dulu terutama motor yang dah buat modifikasi.
Padlock ni boleh pakai untuk lock rumah atau kilang juga ke?
Ye boleh digunakan untuk lock rumah atau kilang. Padlock ini bukan saja untuk lock motor, ia dicipta untuk pelbagai kegunaan.
Betul ke Padlock ni boleh buat ansuran bayar bulan-bulan?
Ye betul! Boleh bayar bulan-bulan. Lagipun tiada interest (0%) .Stopanik bantu anda demi keselamatan. Duit jimat, motor pun selamat.
Kat mana saya nak beli Padlock ni?
Beli online bayar terus atau ansuran di sini . Kalau nak beli bayar cash di Office HQ kami pun boleh juga.
Kalau dah order boleh refund ke?
Tiada proses refund dibuat selepas pembayaran dibuat oleh anda. Melainkan atas budi bicara Team Stopanik.
Kalau dah pakai Saka Lock jiwa tetap tak tenang macam mana ye?
Kembali ke fitrah Allah. Renung diri apa kesilapan lalu dan segera bertaubat sebelum terlambat.
Jangan berlengah lagi
Buat pilihan tepat agar jiwa tak kacau setiap saat
Padlock baek | Padu | Berkualiti tinggi. Memang berbaloi anda beli. Jangan sampai dah habis stok, nanti kena buat Pre-Order.